Pages

Tuesday, March 28, 2023

CUM Bab 2

 CINTA UNTUK MAXIMO

 

Bab 2

 

 

DAMIA Zahra berjalan seiring dengan sepupunya, Zaril Ikhwan. Hazeril memegang erat tangan Damia manakala Zaril mendukung Mia Zara. Nia Atirah dan Maximo berjalan di hadapan mereka sambil menolak troli. Nia nampak sangat gembira dengan kehadiran Maximo itu. Wajahnya begitu berseri-seri ketika bercakap dengan Maximo. Maximo juga kelihatan begitu gembira sekali. Sesekali matanya memandang wajah Nia. Wajahnya kelihatan seperti orang yang sudah terubat kerinduan yang teramat sangat.

Damia bengang juga melihat gelagat mereka berdua. Kemudian Damia pandang wajah sepupunya, Zaril. Tidak ada sebarang tanda yang Zaril cemburu melihat keakraban Nia dan Maximo.

Kalau Zaril tidak kisah melihat Nia dan Maximo begitu rapat sekali, mungkin sebab memang tiada apa-apa hubungan antara Nia dan Maximo melainkan hanya sebagai sahabat baik sahaja. Kalau tidak, mesti Zaril mengamuk sakan. Zaril sangat-sangat mencintai Nia. Segala pergerakan Nia adalah diawasi oleh Zaril malahan Damia selalu ternampak Zaril memerhatikan Nia terutama sekali ketika Nia tidak sedarinya.

‘Sayang betul Abang Zaril pada Kak Nia.’ Selalu Damia mengomel sendirian. Kadangkala, perasaan iri timbul di hatinya. Kalaulah dia dapat seseorang yang menyayanginya sedemikian rupa, alangkah bahagianya Damia.

Damia rasa Nia pun mencintai Zaril. Namun melihat Nia dan Maximo berjalan seiringan, rasa cemburunya ada. Dia yang sepatutnya berjalan dengan Maximo. Dia pujuk hatinya. ‘Tidak ada apa-apa lah antara Kak Nia dan Maximo.’  Damia cuba meyakinkan dirinya yang dia dapat melihat di wajah Nia perasaan kasih sayangnya terhadap Zaril dan anak-anaknya. 

Then there shouldn’t be a problem here.’ Kata Damia dalam hatinya. ‘Line clear. Kak Nia tak ada apa-apa dengan dia tu.’ Damia mula lega bila dia berfikiran positif begitu.  Mungkin ada peluang untuk dia mendapatkan Maximo. Damia makin kuat cuba menyakinkan dirinya. Mesti ada sebab kenapa dia ditemukan dengan lelaki itu. Kenapa mesti mereka dipertemukan? Kenapa Damia ditakdirkan untuk dibawa oleh Nia ke KLIA bagi menyambut Maximo? Dan mesti juga sudah ditakdirkan dan sudah tertulis yang Maximo juga akan jatuh cinta dengan Damia.

‘Tunggu dan lihat sahaja.’ Kata Damia dalam hatinya.

“DZ… tolong pegang tangan Hazeril ye. Jangan lepaskan dia. Dia asyik nak melompat ke sana ke sini.” Tiba-tiba Nia toleh ke belakang. Damia menganggukkan kepalanya. Nia tersenyum kemudian terus berjalan dengan Maximo. Dia terus memegang erat tangan Hazeril berjalan seiringan dengan Zaril. Mereka berjalan menuju ke tempat parkir dan kemudian mereka akan terus membawa Maximo ke apartmennya.

 

 

IT’S BEAUTIFUL. Thank you for getting this nice apartment for me.” Maximo mengucapkan terima kasih kepada Nia dan Zaril. “It looks so nice and comfortable.

Yes. We want you to be comfortable while you are staying here.” Jawab Zaril. “Everything was prepared by Nia and also DZ.

“DZ?”

Yes, DZ. Oh sorry… Damia. We call her DZ, short for Damia. My dearest cousin.” Kata Zaril sambil menarik tangan Damia.

Oh! I didn’t really get her full name just now.” Nampak sangat dia tidak ambil peduli siapa Damia. Dia cuma berlakon sahaja seperti memberikan penuh perhatian pada gadis itu tadi sedangkan Nia dan Zaril sudahpun memperkenalkan siapa Damia.

Sorry. Damia is a really nice name.” Maximo cuba berbudi bahasa dengan gadis itu.

Damia tersenyum lebar mendengar kata Maximo. Maximo kemudiannya menoleh ke arah Nia.

Thank you very much, Nia. You are so kind to go to all this trouble.” Kata Maximo. Matanya yang kebiruan itu bersinar. Kemudian dia pandang sekilas dan senyum kepada Damia dan mengucapkan dengan ringkas “Thank you.

Alah... mesti dia malu dengan aku.’ Kata Damia, tidak mahu ambil hati yang Maximo tidak memandang wajah ayunya dengan betul-betul, hanya sekilas pandang sahaja. Bukan macam cara Maximo pandang Nia. Seperti dia mahu pandang Nia sepuas-puas hatinya. Pada hal kalau hendak dibandingkan antara Nia dan Damia, Damia jauh lebih cantik dari Nia. Takkan Maximo tidak perasan kecantikan Damia? Mesti dia malu dengan Damia.

Ah! Tak apa. Nanti bila dia sudah biasa dengan aku, mesti dia akan pandang muka aku betul-betul. Maximo pemalu orangnya. Dia cuma peramah dengan orang yang dia sudah biasa.’ Damia pujuk dirinya sendiri, begitu yakin dengan dirinya dan kecantikan dirinya.

Nasib baik mereka yang lain tidak tahu apa yang bermain di fikiran Damia. Maximo sedang memeriksa bilik-bilik tidur yang terdapat di dalam apartmen tersebut. Ada tiga bilik semuanya. Satu master bedroom yang besar dan dua bilik yang lebih kecil sedikit. Ada bilik air di dalam master bedroom manakala dua bilik lagi berkongsi bilik air.

This is your room.” Kata Nia, menunjukkan master bedroom kepada Maximo.

Very nice!” Seru Maximo sambil tersenyum lebar. Dia suka dengan bilik tidurnya. Malahan dia suka dengan keseluruhan kawasan apartmen Seri Maya. Ada ramai expatriate tinggal di sini.

You like it?” Soal Nia.

Yes. The other rooms are nice too. Maybe when the other researchers come for a short time, they can stay here too.” Kata Maximo.

That’s the intention. And the other intention is to make you feel at home.” Sahut Nia. Zaril hanya tersenyum melihat keterujaan Nia menunjuk apartmen kepada Maximo.

In September or October, Monica will be visiting the research institute. She can stay with me while she is here.” Kata Maximo sambil tersenyum riang.

Oh!” Nia tidak terkata apa-apa. Damia agak terkejut mendengar kata-kata Maximo. “But she cannot…” Nia memulakan kata-kata tetapi dia senyap semula sebab dia tersedar yang Maximo dan Monica ialah orang asing di sini. Berlainan bangsa dan agama. Siapa-siapapun yang Maximo ingin benarkan masuk ke dalam rumah dia bukan masalah mereka. Lagipun, sebagai orang asing mereka mesti hendak menyesuaikan diri mereka dengan keadaan di sekeliling. Nia pernah mengalami rasa kesunyian yang sama. Dia bernasib baik kerana ada Hassan, Hajer dan Brother Fouzi yang menjaganya pada masa itu. Kalau tidak tentu Nia akan mengalami kesulitan untuk hidup sendirian di Itali.

Mungkin juga kini Maximo dan Monica ada perhubungan cinta. Semasa Nia di Itali lagi, Monica nampaknya ada menaruh hati terhadap Maximo. Namun ketika itu Maximo hanya ada hati pada Nia. Bila Nia kembali kepada Zaril dan balik ke Malaysia, mungkin hati Maximo terbuka untuk menerima cinta Monica. Bersyukurlah sekiranya Maximo dan Monica bersama.

Berlainan dengan Nia, Damia terus naik bengang dengan kenyataan Maximo.

‘Siapa Monica? Girlfriend Maximo ke? Maximo sudah ada girlfriend di Itali?’ Damia terus cemberut masam. Memang nasib dia tidak baik. Bertemu sahaja dengan lelaki yang kacak ini, terus hatinya terpaut. Angan-angan Damia telah mengunung tinggi. Dia hendak dapatkan lelaki Itali ini. Rupa-rupanya Maximo sudah ada girlfriend!

Musnah harapan Damia seketika. Dia termenung seketika, sementara Maximo, Nia dan Zaril memeriksa bahagian dapur. Sebuah dapur yang lengkap dengan tempat masak, peti ais dan pinggan mangkuk. Bila Maximo buka peti ais, tersenyum dia melihat peti ais penuh dengan makanan. Mesti semua ini kerja Nia. Nia ialah seorang kawan yang baik. Zaril pun seorang yang baik kerana membenarkan Nia bersusah payah untuk Maximo. Padahal dia tahu bagaimana rapatnya mereka ketika Nia tinggal di Turin. Zaril juga tahu Maximo mempunyai perasaan terhadap Nia. Tidak ada rasa cemburukah dia melihat Nia bersusah payah untuk Maximo? Macam mana Zaril boleh relaks sahaja?

Mungkin Zaril begitu yakin dengan cinta Nia terhadap dirinya. Melihat wajah Nia yang berseri-seri, Maximo tahu Nia sedang bahagia bersama Zaril. Terasa terguris hati Maximo. Tetapi dia tidak sepatutnya rasa begitu. Sepatutnya dia rasa gembira melihat Nia bahagia. Adakah Maximo berharap Nia tidak bahagia? Adakah Maximo berharap agar dapat memujuk Nia tinggalkan Zaril dan ikut dia pulang jika Nia tidak bahagia di sini? Itukah yang Maximo mahu? Nia tidak bahagia?

Semua itu telah bermain di kepala Maximo semasa dalam penerbangan selama tiga belas jam ke Malaysia. Macam-macam yang dia bayangkan. Apa yang dia hendak katakan pada Nia... hendak pujuk agar Nia ikut dia balik ke Turin.

Tetapi bila berada di sini dan melihat dengan sendiri Nia dan Zaril, Maximo sedar itu semua hanya angan-angan dia sahaja. Tidak mungkin Nia akan meninggalkan Zaril. Dengan sepasang anak yang comel, Nia akan buat apa sahaja demi anak-anaknya. Nia tidak akan tinggalkan Zaril dan anak-anaknya untuk bersama Maximo. Ini adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

‘Tetapi tidak salahkan kalau nak berangan…’ Melihat Zara yang begitu comel, membuatkan Maximo ingin sekali mempunyai anak seperti itu juga. Bayangkan anaknya dengan Nia. Maximo gelengkan kepalanya, ingin membuang angan-angannya itu jauh dari kotak mindanya. Malunya Maximo! Kerana dia masih mahukan Nia. Tetapi dia sedar dia tidak layak berfikiran begitu. Maximo hanya boleh sayangkan Nia sebagai kawan baiknya sahaja. Tidak lebih dari itu. Maximo kena mula hidup baru. Maximo kena buka hatinya untuk gadis lain. Malahan Monica masih lagi menaruh harapan pada Maximo, masih mengharap kasih Maximo. Boleh kah Maximo beri peluang pada Monica?

Maximo menggelengkan kepalanya perlahan. Dia sedar dia tidak akan berbuat demikian kerana hala tujunya dan Monica kini telah jauh berbeza. Demi untuk menghilangkan rasa kecewanya, Maximo tidak boleh tangkap muat sesiapa sahaja dan gunakan wanita itu untuk melupakan Nia. Itu tidak adil kepada sesiapa pun. Melihat Nia bahagia, Maximo kena merelakannya.

Maximo tiba-tiba tersedar yang dia termenung lama. Nia sedang memandangnya. Wajahnya nampak sedih. Maximo sedar yang Nia tahu apa yang bermain di fikiran Maximo. Maximo kemudiannya menjeling ke arah Zaril. Zaril sedang berbual dengan Hazeril sambil mendukung Zara. Nasib baik Zaril tidak perasan apa yang berlaku. Maximo memandang ke arah Nia semula. Biarlah hanya Nia yang tahu apa yang terlintas di hatinya. Maximo menggelengkan kepalanya, tidak mahu simpati Nia.

Dia kemudiannya berjalan ke arah balkoni. Pemandangan bandar Kuala Lumpur indah terbentang di hadapannya. Di sebelah kiri dan kanan terdapat beberapa blok apartmen lain yang sama ketinggiannya dengan apartmen yang mereka duduki itu. Mereka yang lain turut sama ke balkoni dengan Maximo.

This is really nice. I can see myself enjoying a cup of tea here when I come back from work.” Ujar Maximo lagi. Mereka yang lain mengangguk setuju dengan kenyataan Maximo.

Di apartmen sebelah kiri, dua orang wanita berwajah Arab berdiri di balkoni sedang berbual mesra. Tiba-tiba mereka melambai ke arah Maximo.

Well, I guess you won’t be lonely Maximo.” Kata Zaril sambil ketawa riang. Dia menepuk belakang Maximo. “Within two minutes, you have already made new friends. See Sayang, don’t worry about Maximo. I am sure he will be fine here.” Sambung Zaril lagi.

Maximo melambai kembali ke arah ke dua wanita itu.

Oh yes, Maxi. You can make lots of new friends here. You can meet them at the swimming pool and the gym.

Oh? We have a gym and a swimming pool here?

Yes. There are two swimming pools and the good news is that you can swim all day, all year round… except when it rains.

You like it here, Nia? You don’t have to worry about the cold. All year round of sunshine.

Yes, Maxi. I love it here. I certainly do not miss the cold. But I miss my friends, Hajer, Brother Fouzi, Enrica and you, of course. That is why I am so glad that you are here with us now. I hope you will enjoy your stay here and not feel so lonely up here. But I am sure in no time you will meet up new friends. See over there… they are waving at you.” Kata Nia sambil membalas balik lambaian kedua wanita tersebut.

Oh yes. I will probably have both of them over tonight… to keep me from feeling lonely.” Kata Maximo, sengaja mahu mengusik Nia.  Really Maxi?” Jawab Nia. “Good for you. At least you have company.

Kalau Maximo ingat Nia akan cemburu dengan kenyataannya itu, Maximo memang salah. Nia nampaknya lega bila Maximo mungkin sudah ada kawan baru. Hanya Damia sahaja yang cemberut masam. Cemburu melihat kedua wanita bangsa asing itu melambai-lambai dengan Maximo.

“Boleh ke dia orang datang sini malam-malam? Tak ada orang yang akan tangkap mereka ke?” Soalan Damia tujukan kepada Zaril.

“Mereka bukan orang Islam. Siapa yang hendak tangkap mereka? Lagipun dalam kawasan apartmen yang ada sekuriti macam ni, mana ada orang yang check apa yang orang kat sini buat. Bukan macam di kampung atau kawasan perumahan.” Terang Zaril kepada sepupunya yang masih mentah itu.

Oh? Di sini boleh buat apa-apa sukalah, Abang Zaril?”

Well, sini bukan sahaja orang Melayu yang tinggal. Ramai bangsa lain. Tengok masa kita hendak naik tadi pun, kena ada access card baru boleh masuk. Bukan sesiapa boleh masuk ke sini.”

“Yelah tu. Dia hendak bawa dua orang perempuan tu ke apartmen dia. Lantak dia lah.” Damia mengomel geram.

Zaril hanya tersengih mendengar kata-kata Damia. Damia nampaknya cemburukan Maximo dengan teman barunya itu. Baru sahaja berjumpa dengan Maximo sudah berkenan. Tetapi Damia memang begitu. Remaja, semua orang dia minat. Memandangkan wajah Maximo yang handsome, tidak menghairankan Damia sudah jatuh hati dengan Maximo. ‘Cinta remaja…’ Getus Zaril. ‘Kejap lagi hilanglah tu.’ Zaril kenal sangat dengan Damia. Dulu pun Damia meminati Zaril. Sejak Damia kecil lagi, asyik mengekor ke mana saja Zaril pergi. Dia selalu katakan yang dia akan kahwin dengan Abang Zaril. Kini bila Zaril sudah berkahwin dan punyai dua orang anak, cinta monyetnya sudah beralih kepada orang lain, ahli sukan, artis, rakan-rakan sekolah dan lain-lain lagi.

Hari ini hatinya terlekat pada Maximo pulak nampaknya. Harap-harap sekejap sahajalah perasaan cinta Damia terhadap Maximo. Lagipun tidak lama lagi Damia akan melanjutkan pengajiannya ke luar negara. Menurut Pak Su, Encik Zakuan, mereka sedang mencarikan tempat pengajian yang sesuai untuk Damia. Adik-beradik Damia yang lain seperti kakaknya, Yati telah melanjutkan pengajian di United Kingdom, manakala abangnya, Daniel telah melanjutkan pengajian di Australia. Kini tiba giliran Damia pula.

Maximo, I think we should leave you to rest for now.” Tiba-tiba kedengaran Nia bersuara. Zaril menganggukkan kepalanya. Masa untuk mereka beredar dari situ.

Okay Maximo. We’ll see you tonight. We are bringing you out for dinner.” Kata Zaril.

Don’t worry about me.” Jawab Maximo. Segan kerana banyak menyusahkan Nia dan Zaril.

No. We will take care of you until you know your way around here, okay?” Kata Zaril. “Good bye.” Zaril yang sedang mendukung Zara, pegang tangan Hazeril dan berjalan ke arah pintu.

Okay, Maxi! See you tonight.” Kata Nia.

Okay, Nia.”

Nia dan Maximo berjalan ke arah pintu, diikuti oleh Damia. Damia cuba menangkap mata Maximo, hendak mengucapkan selamat tinggal tetapi Maximo, seperti tadi, hanya memandang Nia. Dia tidak peduli langsung dengan Damia.


 

Monday, March 13, 2023

Cinta Untuk Maximo Bab 1


CINTA UNTUK MAXIMO

 

Bab 1

 

DIA lelaki paling kacak yang pernah Damia Zahra lihat seumur hidupnya.  Rasa-rasanya tidak pernah dia menatap wajah setampan itu. Damia pandang lelaki itu tanpa berkelip-kelip matanya. Lelaki itu berjalan dengan begitu segak menghampiri Damia yang sedang menunggu di balai ketibaan KLIA. Lelaki itu memberikan senyuman ke arahnya. Terasa gugur jantung Damia. Pada saat itu, Damia berpendapat bahawa lelaki ini adalah ciptaan Tuhan yang begitu sempurna. Orangnya agak tinggi dan susuk badannya segak. Rambutnya berwarna perang dan berombak, membuatkan Damia ingin melari-larikan jarinya di rambut yang bersisir kemas itu. 

Mesti lelaki ini datang dari negara temperate yang sedang mengalami cuaca sejuk. Dia membawa kot pakaian sejuk di lengannya. Dari mana agaknya lelaki ini? Damia tertanya-tanya sendirian. Makin lelaki itu menghampiri mereka, makin berdebar rasa hati Damia. Macam mana mungkin ini terjadi, kali pertama memandang lelaki itu, Damia tahu dia sudah jatuh hati dengan lelaki itu.

Tidak akan sesiapa yang percaya kalau Damia katakan yang dia dah jatuh cinta dalam sekelip mata. Semua orang yang kenal Damia akan ketawakan Damia. Mesti orang kata ini satu lagi cerita cinta monyet si DZ. DZ yang selalu berangan untuk bertemu dengan Mr Right. DZ yang minat bintang filem itu dan bintang sukan ini, sekejap suka yang ini, besoknya suka yang lain. Tidak ada sesiapa akan percaya kali ini DZ sudah betul-betul jatuh cinta pandang pertama dengan lelaki yang dia baru nampak kurang dari seminit yang lalu.

Lelaki itu berjalan menuju ke arah Damia sambil tersenyum. Damia sudah tidak perasan orang lain di sekelilingnya. Suasana di balai ketibaan begitu sibuk sekali tetapi Damia sudah tidak perasan lagi. Tumpuan Damia hanya pada dia, lelaki kacak yang berjalan ke arahnya.

Bila sudah betul-betul dekat dengan dirinya, memang Damia tidak salah pandang. Wajah lelaki itu memang betul sangat kacak. Matanya begitu biru. Biru yang tidak dapat Damia samakan dengan apa-apa.  Damia dapat rasakan dirinya lemas di dalam kebiruan yang betul-betul memikat hatinya. Hidung lelaki itu pula begitu mancung dan meruncing dan terletak dengan sempurna. Dia mempunyai sepasang mata yang begitu cantik sekali, tidak padan untuk seorang lelaki, berbulu mata lentik, alis matanya tersusun rapi seperti baru disisir. Kelu lidah Damia untuk berkata apa-apa lagi.

Jejaka tampan itu tersenyum gembira sambil memandang ke arah Damia. Tidak disangka-sangka! Nampaknya dia juga seperti Damia, begitu gembira dapat bertemu dengan Damia walaupun inilah pertama kali mereka menatap wajah masing-masing. Damia hanya melopong memandang wajah lelaki tersebut. Mungkinkah lelaki itu juga seperti dirinya, sudah jatuh cinta dengan Damia sebaik sahaja matanya terpandang wajah Damia?  Adakah kisah begini betul-betul terjadi dalam realiti? Dua insan yang pertama kali bertemu, kedua-duanya terus jatuh cinta pandang pertama? Mungkin ini yang dikatakan jodoh ditentukan Tuhan. 

Damia terus hanyut dalam angan-angannya. Mereka berdua akan menjadi pasangan bercinta yang paling hebat di dekad ini, berkahwin dan akan hidup ‘happily ever after’ macam dalam fairytales yang Damia baca sejak kecil lagi. ‘Ohhh what a wonderful life.’ Damia mengelamun sendirian. Prince Charmingnya sudah turun dari istana kayangan dan akan menyunting Damia sebagai permaisurinya. Impiannya selama ini sudah menjadi kenyataan. Lelaki kacak itu berhenti di hadapan Damia. Bibirnya tersenyum. Jantung Damia terus berhenti dari berdegup.

Bukan semua orang dapat mencapai impian mereka begini. Bertemu dengan jejaka idaman hati dan sama-sama jatuh cinta pandang pertama pada masa yang sama.  Damia terus tenggelam dalam impiannya. Berangan jauh sekali.

Hello Nia!

“Maxi! Welcome to Malaysia! DZ, inilah kawan Kak Nia, Maximo.” Tiba-tiba Nia Atirah memperkenalkan lelaki itu kepada Damia. Damia terkebil-kebil memandang wajah Nia. Macam baru tersedar dan kembali ke alam nyata. Nia menggelengkan kepalanya. Berangan tak habis-habis. Mata Damia bersinar dan jauh betul pandangannya.

“Maximo?” Damia masih terkebil-kebil memandang wajah jejaka tampan itu.  Oh! Lelaki itu rupa-rupanya Maximo, tetamu mereka! Damia memandang wajah Nia. Rupa-rupanya senyuman lelaki itu dari tadi ditujukan kepada Nia dan bukan kepadanya.

Maximo masih dengan senyumannya. Tetapi dia tidak memandang ke arah Damia pun. Dia memandang tepat pada Nia tanpa berkelip-kelip matanya. Dia bagaikan terpukau memandang wajah Nia. Wajahnya seperti musafir yang kehausan baru mendapat seteguk air dingin. Wajah orang yang sudah lama kerinduan, kini baru sahaja terubat rindunya itu. Bersinar-sinar matanya memandang Nia. Bukan pandang Damia! Ketika itu juga terbit rasa cemburu Damia. Sifat yang dia tidak sedar dia miliki. Rasa cemburu yang terus naik memuncak hingga ke kepalanya.

Pada Maximo, budak perempuan yang diperkenalkan oleh Nia tidak wujud pun.  Langsung tidak dipedulikan. Dia terus mengambil baby Mia Zara dari dukungan Nia.

This is the bambina?” Soal Maximo sambil mencium pipi Mia Zara.

Nia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. 

What is her name?

Mia Zara. But we call her Zara.” Jawab Nia.

Maximo terus mengagah-agah Zara. Zara mengekek kegembiraan. Nia tersenyum gembira melihat gelagat Maximo dan Zara.

Where is Hazeril and Mr Zaril?

They were here waiting, but then Hazeril had to go to the washroom.  They will be back soon.

Oh!  I can’t wait to see Hazeril. He must be very big now. How old is he? 6?

Yes. He has grown so tall and will start schooling soon.

Oh really? I can’t wait to see him. And I am so glad to see you.” Mata Maximo yang kebiruan itu menjadi begitu redup bila memandang wajah Nia.

I miss you so much!”  Ujar Maximo lagi, suaranya menjadi gemersik. 

Damia mengeluh dalam diam. Kalaulah apa yang dikatakan oleh Maximo itu ditujukan pada dirinya dan bukan pada Nia, mesti dia akan cair, melimpah di lantai KLIA itu. Damia pandang wajah Nia. Nia hanya tersenyum, tidak ada tanda-tanda yang dia akan cair seperti apa yang dirasakan oleh Damia.  Macam sudah biasa mendengar ucapan seperti itu. Dia hanya tersenyum sahaja.

We miss you too.” Jawab Nia. Gembira sangat dapat bertemu dengan sahabat baiknya itu setelah hampir dua tahun berpisah. Nia memang ternanti-nanti saat ketika Maximo datang ke Malaysia, kini peluang dia pula membalas jasa baik Maximo terhadap dirinya selama dia berada di Itali. Banyak yang Nia ingin tunjukkan kepada Maximo. Nia mengambil semula Zara dari Maximo. Maximo menolak troli yang membawa beg-beg pakaiannya. Mereka sudah mahu bergerak dari balai ketibaan itu.

Maximo! How are you?” Seru Zaril Ikhwan, meluru sambil menghulurkan tangannya ke arah Maximo. Maximo terhenti menolak troli dan mereka berjabat tangan dengan mesra. Nampaknya Zaril juga gembira bertemu dengan Maximo. Tidak ada tanda dia cemburu pun dengan Maximo. Damia sahaja yang rasa cemburu, dia yang hendakkan perhatian Maximo tetapi gagal mendapatkannya sejak tadi. Maximo kemudiannya mendapatkan Hazeril yang sedang berjalan di sebelah Zaril. 

Hazeril! Look at you! You have grown so big now!

Hi, Uncle Maxi.” Ujar Hazeril, masih ingat pada Maximo walaupun dia masih kecil lagi semasa mereka pulang ke Malaysia hampir dua tahun lalu. Hazeril terus memeluk pinggang Maximo. Jelas Hazeril tidak kekok dan mesra dengan Maximo. Setelah melepaskan pelukannya, Hazeril kembali berdiri di sebelah Zaril yang sedang memeluk erat bahu Nia. Zara berada dalam dukungan Nia.

Maximo memandang keluarga kecil yang berdiri di hadapannya itu. Sinar bahagia terpancar di mata mereka. Maximo boleh melihat betapa dalamnya kasih antara mereka berdua, betapa rapatnya hubungan mereka berdua.

‘What a beautiful family.’ Kata Maximo dalam hatinya. Dia tidak dapat menepis perasaan cemburu yang terlintas dalam hatinya. Sepatutnya keluarga bahagia ini menjadi miliknya. Dia yang sepatutnya berada di tempat Zaril. Kalau Zaril tidak datang ke Itali dalam misi kerjasama penyelidikan dulu, mungkin Nia sudah menjadi isterinya dan Hazeril dan Zara menjadi anak-anaknya. Terasa hatinya tertusuk duri yang begitu tajam. Maximo ingat dia sudah pulih dari mencintai Nia, tetapi nyata Nia masih lagi di hatinya. Maximo cepat-cepat mengalihkan pandangannya, sedaya upaya cuba menyembunyikan perasaannya itu.

Maximo, have you met my cousin, DZ or Damia?” Tiba-tiba Zaril bertanya kepada Maximo sambil menunjukkan ke arah Damia.

Maximo cuba sembunyikan perasaannya yang meluap-luap dengan kerinduan terhadap Nia. Malunya rasa hati sekiranya mereka yang di hadapannya itu tahu dia masih mencintai Nia. Maximo alihkan perhatiannya pada gadis yang bertudung di sebelah Nia, lantas cuba memberikan senyuman yang paling manis.   

Hello, Damia. Nice to meet you. I am Maximo.” Kata Maximo kepada Damia, baru dia perasan gadis yang berdiri di sebelah Nia. Sebentar tadi hanya Nia yang dia nampak.

Hi Maximo. I feel like I know you already.  I have heard so much about you from Kak Nia and Abang Zaril.” Jawab Damia, membalas senyuman Maximo. Nia selalu saja menceritakan tentang kebaikan Maximo. Tetapi Nia tidak pernah menceritakan betapa kacaknya Maximo. Kacak sangat sehinggakan pertama kali bertemu, Damia sudah terpikat.

Oh really?” Jawab Maximo, pandang sekilas ke arah Nia kemudian memandang Damia kembali.

Damia terus rasa gugup dengan perhatian yang diberikan oleh Maximo, kemudian setelah jantungnya yang terhenti seketika sudah mula berdenyut kembali, dia memberikan Maximo senyuman manis. “You can call me DZ.” Sambung Damia lagi.

No. I like Damia better. It’s a beautiful name... Damia.” Bila mendengar kata Maximo, Damia rasa macam dia sudah cair, cair macam lilin yang dibakar. Sah! Dia telah menjadi milik Maximo. Tidak dapat Damia melarikan pandangan matanya dari lelaki yang tampan itu. 

Zaril dan Nia melihat sahaja gelagat Damia dan Maximo, kemudian saling berpandangan. ‘Damia sudah buat lagi nampaknya. Jatuh cinta kilat lagi.’ Sudah berapa kali sejak Damia duduk bersama mereka, mereka mendengar cerita Damia jatuh cinta. Pasti selepas ini Damia akan heboh dengan cerita dia jatuh cinta dengan Maximo pulak.

Damia rasa tidak ada yang lebih indah dari senyuman Maximo dan tidak ada lelaki yang begitu menawan selain dari Maximo. Dan ketika itu juga Damia telah membuat keputusan yang paling penting dalam hidupnya yang masih setahun jagung itu.  Keputusan yang akan merubah keseluruhan hidupnya selepas ini. 

Damia akan mendapatkan lelaki itu. Apapun yang berlaku, Damia akan memiliki lelaki bernama Maximo. Bagaimana? Damia tidak tahu tetapi dia akan mencari jalan sehingga Maximo menjadi miliknya yang abadi. Mereka akan hidup bahagia selamanya. Itu azam dan tekad Damia.

 

 

MAXIMO DATANG ke Malaysia bagi mewakili pihak institusi penyelidikan di Itali. Maximo menggantikan rakannya yang telah tamat tempoh bertugas dan dia akan bertugas sebagai koordinator kepada pegawai-pegawai penyelidik dan tenaga pengajar yang bertugas di sini. Maximo juga akan menguruskan hal ehwal tenaga pengajar dan tugasnya yang penting sekali ialah menentukan penukaran teknologi berjalan dengan lancar sepertimana yang termaktub dalam MOU antara konsortium penyelidikan di Malaysia dan institusi penyelidikan di Itali.  

Peluang untuk bertugas di Malaysia amat dinantikan oleh Maximo. Semasa Nia meninggalkan Itali tempoh hari, Maximo ingat dia tidak akan bertemu lagi dengannya. Tetapi alangkah gembiranya apabila dia mendapat berita yang dia terpilih untuk bertugas di Malaysia. Tidak sabar rasanya Maximo untuk menjejakkan kakinya ke Malaysia dan bertemu semula dengan Nia. Nia juga sangat gembira dengan kedatangan Maximo. Tidak sabar rasanya Nia menerima kedatangan sahabat baiknya itu. Kini masa untuk Nia menjadi hos yang terbaik untuk tetamu yang istimewa itu.

Urusan ketibaan dan penginapan Maximo sepatutnya dikendalikan oleh pihak institusi penyelidikan tetapi Nia mahu menyambut Maximo sendiri. Nia nak Maximo menjadi tetamu mereka dulu sebelum dia mula bertugas. Mahu membuat Maximo rasa selesa.

I want to show him our Malaysian hospitality. Make him feel at home. Bolehkan, abang?”

“Ikut suka sayanglah. I know you miss your friend dan abang juga tahu sayang rasa banyak terhutang budi dengan dia. Bukan?” Soal Zaril sambil tersenyum. Tercuit hatinya melihat Nia yang begitu teruja. Maximo banyak membantu Nia semasa Nia berada di Itali. Malah Zaril juga rasa terhutang budi dengan Maximo. Kerana Maximo jugalah dia mendapat kembali isterinya yang tercinta. 

Nia sibuk beberapa hari sebelum ini dengan membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Maximo. Damia yang tinggal bersama Nia dan Zaril juga diheret sama membuat persediaan bagi menyambut kedatangan Maximo. 

‘Kerahan tenaga percuma!’ Sungut Damia ketika itu. Dia geram kerana aktiviti tidurnya terganggu dan terpaksa membantu Nia buat macam-macam. Timbul hairan Damia melihat Nia yang begitu teruja dengan kedatangan sahabat baiknya itu.

‘Maximo…’ Damia bersungut sendirian sambil mencebirkan bibirnya. Dari namanya Damia membayangkan seorang berbangsa Itali yang gemuk, pendek dan kepala separuh botak. Sebab itulah agaknya Abang Zaril tidak kisah bila Nia sungguh teruja. Bukan saingan agaknya. Tidak rasa tergugat langsung pun. Lagipun Abang Zaril kacak sungguh orangnya. Damia pun dulu peminat Abang Zaril. Abang Zaril seperti seorang hero kepada Damia yang masih kanak-kanak ketika itu. Malah dia sangat sayangkan abang sepupunya itu dan pernah berangan yang dia bercinta dengan Abang Zaril. Masa itu Zaril belum lagi ditimpa kemalangan dan masih belum berkahwin dengan Nia. 

Nia juga sibuk mengemaskan apartmen yang akan diduduki oleh Maximo. Terletak di Kondominium Seri Maya, Ampang, ianya berdekatan dengan stesen LRT dan berhampiran dengan KLCC. Sehari suntuk Nia dan Damia membersihkan apartmen tersebut dan memastikan semua kelengkapan mencukupi termasuk membeli bekalan makanan basah dan kering.

“Cukuplah makanan ni untuk seminggu. Nanti-nanti pandailah dia cari mana nak beli barang-barang ini nanti. Dia boleh beli sendiri.” Kata Nia, tersenyum puas melihat peti ais yang sudah penuh dengan makanan.

“Ini bukan setakat cukup seminggu. Cukup makan setahun, Kak Nia. Pandailah kawan Kak Nia tu hendak uruskan diri dia sendiri nanti.” Ujar Damia.

Damia berpendapat cara Nia sibukkan hal Maximo agak over. Semua Nia kena sediakan. Yang buat sakit hatinya, dia pun diseret sama. Geram betul Damia dengan semua ini. Dia hanya mahu balik ke rumah, masuk dalam bilik, layan YouTube, Facebook, WhatsApps atau mendengar lagu. Malasnya dia bersusah-payah untuk orang yang dia tidak kenal. 

Yang Damia lagi bengang, pagi-pagi lagi dia dikerah bangun pada hari cuti am ini untuk pergi ke KLIA. Mana ada orang bangun pagi-pagi begini? Pada hal Damia datang ke rumah Nia bertujuan untuk berehat setelah penat mengulangkaji untuk peperiksaan akhirnya. Damia sudah merancang mahu tidur sampai tengahari. Cemberutlah wajah Damia.

Tetapi semua perasaan geram, bengang, malas, jemu itu hilang dengan sekelip mata sahaja selepas bertemu dengan Maximo. Patutlah Nia beriya-iya memastikan semuanya dalam keadaan baik untuk menyambut kedatangan Maximo. Hati Damia tertanya-tanya, entah-entah Nia juga ada hati dengan Maximo. Takkan mereka hanya berkawan sahaja.  Kenapa Nia begitu teruja dengan kedatangan Maximo ke Malaysia?  Tetapi Nia tidak patut rasa begitu.  Dia sudah ada Abang Zaril. Macam mana dengan Maximo pula? Macam suka sangat dengan Nia. Tiba-tiba macam-macam yang dia fikirkan. Perasaan cemburu mula menguasai hati Damia. Belum pernah dia mengalami perasaan cemburu sebegini.    

Damia mesti dapatkan Maximo. Dia tidak punya banyak masa lagi. Dia hanya ada beberapa bulan lagi sebelum dia berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya. Damia mesti dapatkan Maximo.