Pages

Saturday, July 1, 2023

Cinta untuk Maximo Bab 5

  

CINTA UNTUK MAXIMO

 

Bab 5

 

 

SUKA benar Puan Zainun bila Zaril Ikhwan dan Nia Atirah pulang ke kampung kali ini. Dia begitu rindu dengan cucu dan cicit kesayangannya. Kalau boleh dia mahu mereka selalu pulang ke kampung tetapi apakan daya, Zaril sibuk dengan kerjanya.

Puan Zainun lebih gembira lagi kali ini kerana Zaril dan Nia membawa pulang Maximo bersama. Puan Zainun sudah selalu mendengar cerita tentang Maximo dan akhirnya dapat juga dia bertemu dengan Maximo, lelaki Itali yang menjadi kawan baik Nia semasa Nia berada di Itali.

Sebaik sahaja sampai di halaman rumah Puan Zainun, Hazeril tarik tangan Maximo dan dibawanya Maximo masuk ke dalam rumah Puan Zainun, sambil memanggil-manggil namanya. Hazeril tidak sabar mahu menunjukkan kawannya kepada Puan Zainun. Zaril yang mendukung Mia Zara, tersenyum sambil memandang ke arah Nia. Nia juga tersenyum melihat gelagat anak sulungnya itu. Walaupun masih kecil ketika mereka berpisah dua tahun lepas, Hazeril tidak lupa dengan Maximo. Maximo terlalu baik dan sentiasa mengambil berat tentang mereka.

Sikap Maximo yang begitu baik hati dan tidak mementingkan dirinya sendiri sudah semestinya harus dihargai persahabatannya. Sebab itu perasaan cemburu di hati Zaril cepat-cepat ditepis bila melihat bagaimana wajah Maximo yang berseri-seri bila terpandang wajah Nia. Begitu banyak peluang terbuka untuk Maximo mendapatkan Nia semasa di Turin tetapi hati Nia hanya pada Zaril. Zaril tahu yang Nia sangat mencintainya dan sangat setia kepadanya. Selama mereka berpisah, Nia tetap menjaga dirinya sebagai seorang wanita yang bersuami dan menjaga permata hatinya Hazeril dengan baik. Sebab itu, Zaril buang jauh-jauh perasaan cemburu di hati dan dapat menerima persahabatan baik antara Maximo dengan Nia.

Perhatian Zaril kemudiannya dituju ke arah Damia Zahra. Damia sedang mengekori Maximo dari belakang. Muka Damia nampak berseri-seri memandang Maximo yang berjalan di hadapannya, sedang memasuki rumah Puan Zainun. Zaril mengerutkan dahinya, baru dia perasan, sejak pagi tadi, Damia asyik mengekori Maximo sahaja. Malahan bila mereka berhenti makan tengahari di R&R Tapah, Damia asyik menghimpit Maximo sahaja. Di R&R Gurun pun sama keadaannya.

Zaril menggeleng kepalanya. Damia sudah buat hal sekali lagi. Kini objek pujaannya bukan lagi artis atau bintang sukan. Kali ini idolanya ialah Maximo. Zaril pun pernah jadi idola pujaan Damia satu ketika dahulu. Tapi ketika itu, Damia masih kecil dan semua orang terhibur dengan gelagatnya yang suka mengekor Zaril ke sana ke mari. Bila Damia menyatakan kepada semua orang yang dia akan kahwin dengan Zaril bila dia dewasa nanti, semua orang ketawa dan menganggap Damia begitu comel sekali waktu itu. Tetapi sekarang, Damia sudah berumur sembilan belas tahun, perasaan cinta monyetnya itu bukan sesuatu yang cute lagi tetapi sesuatu yang harus diawasi. Damia sudah dewasa dan sudah boleh kahwin. Dia tidak boleh berkelakuan seperti anak-anak lagi. Zaril harap Damia dapat mengawal perasaan cintanya terhadap Maximo walaupun dia tidak yakin Damia akan dapat berbuat demikian. Dia akan kejar idolanya sehinggalah dia jatuh cinta dengan orang lain pula. Macam mana agaknya Maximo hendak menangani cinta monyet Damia.

Zaril terus memerhati Damia berjalan untuk masuk ke dalam rumah mengekori Maximo. Puan Zainun sedang menunggu mereka di muka pintu. Kelihatan Damia menyapa dan kemudian memeluk neneknya.

“Apa yang abang geleng-geleng kepala ni?” Soal Nia sambal menghampiri Zaril.  Mia Zara diambil dari dukungan Zaril.

“Tak ada apa-apa, sayang.” Jawab Zaril. Zaril senyum memandang wajah Nia, kemudiannya memeluk bahu Nia dan sama-sama mereka berjalan menuju ke rumah Puan Zainun.

 

 

DAMIA BERSUNGGUH-sungguh mahu membuat Maximo rasa selesa di rumah neneknya. Dia cuba menjadi ‘the perfect host’ kepada Maximo. Inilah kali pertama Maximo tinggal bersama keluarga orang Melayu. Mesti Maximo tidak biasa dengan masakan orang Melayu. Memang Nia dan Puan Zainun menyediakan makanan yang sesuai untuk selera Maximo tetapi mesti Maximo rasa canggung juga. Sebab itu Damia mesti buat Maximo selesa.

‘Lagipun Maximo kena biasa-biasakan diri duduk di rumah Wan. Esok bila dah berkahwin, kena juga balik kampung selalu terutama sekali waktu raya!’ Kata Damia pada dirinya sendiri. Kena biasa makan ketupat dan rendang. Tersenyum Damia bila membayangkan dia dan Maximo balik kampung sebagai sepasang suami isteri nanti. Mesti orang kampung heboh berceritakan cucu Puan Zainun yang kahwin dengan lelaki Itali yang kacak. Mesti nama Damia menjadi sebut-sebutan di kalangan penduduk kampung nanti. Damia memeluk bantal panjang sambil tersenyum sendirian.

“DZ… Buat apa tu? Dah siap ke?” Panggil Nia di pintu bilik Damia. Selepas makan tengahari tadi, mereka semua telah buat rancangan untuk pergi jalan-jalan tengahari ini. Sepatutnya mereka semua siap sedia untuk keluar pada pukul 2.30 petang. Entah apa yang Damia buat sehingga sekarang belum keluar-keluar lagi dari biliknya. Mereka semua sedang menunggu DZ turun ke bawah sejak tadi lagi. Mereka mahu membawa Maximo berjalan-jalan ke Kuala Perlis. Sengaja mahu membawa Maximo mengambil angin laut sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur pada esok hari. Setelah menunggu beberapa ketika akhirnya Zaril minta Nia naik ke atas rumah dan tengok apa yang berlaku pada Damia. “Entah apa yang dia buat tu? Tak siap-siap lagi.” Lantas Nia naik ke atas rumah untuk memanggil Damia turun.

Sejak akhir-akhir ini Nia dapati Damia seperti dalam awang-awangan. Agaknya begitulah gelagat anak-anak muda sekarang. Waktu inilah mereka sibuk bercinta atau berangankan masa depan. Teringat Nia sepuluh tahun yang lalu, ketika dia berusia seperti Damia. Begitu banyak perkara yang Nia terpaksa fikirkan. Dia dapat sambung belajar kerana kegigihan arwah emaknya yang mahu Nia masuk universiti dan menjadi orang yang berpelajaran. Emaknya tidak mahu Nia mendapat nasib seperti dirinya, sehingga ke tua membanting tulang demi mencari rezeki. Nia juga bernasib baik kerana mendapat tajaan biasiswa untuk belajar. Tetapi itu tidak membuat Nia lepas dari tanggungjawabnya untuk menjaga adik-adik dan juga arwah emaknya. Nia terpaksa mengikat perut semasa dia belajar di universiti kerana tidak mahu menyusahkan emaknya. Lagipun ketika itu perangai buruk ayahnya makin menjadi-jadi sehingga mengabaikan mereka semua.

Kehidupan silam Nia tidak sama langsung dengan kehidupan Damia yang hidup dalam serba kemewahan. Sekarang ini semua perancangan telah dibuat untuk Damia melanjutkan pelajarannya di luar negara. Semuanya kini menunggu Damia membuat pilihan. Damia pula lebih cenderung hendak ke UK, sebab ramai kawan-kawannya belajar di sana.

Damia buka pintu biliknya sambil tersengih-sengih. Sudah jauh angan-angan Damia terhadap Maximo. Dia sudah angan-angankan yang Maximo sudah jadi miliknya dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Kalau dia dapat Maximo, Damia akan membatalkan rancangannya untuk belajar ke luar negara sehinggalah Maximo pulang ke Itali. Atau dia boleh minta agar dapat belajar di Perancis, Jerman atau mana-mana negara yang berdekatan dengan Itali ataupun belajar di Itali. Dengan itu dia akan dekat dengan suaminya, Maximo. Seronoknya Damia berangan tentang masa depannya. Satu impian yang begitu indah dan sangat membahagiakan. Damia pasti impian itu akan menjadi kenyataan. ‘I will get him!

“Apa yang DZ buat dalam bilik tu? Kita sudah hendak jalan ni. DZ tak mahu ikut ke?” Soal Nia.

Eh… nak ikut! Siapa kata DZ tak nak ikut.” Soal Damia kembali.

“Tak adalah. Ingatkan DZ penat. DZ nak take a nap dulu ke?”

“Tak delah. Hazeril dan Zara ikut tak, Kak Nia?” Soal Damia.

“Dia orang sedang berehat DZ. Biarlah dia orang tidur. Dia orang penat sangat nampaknya. Lagipun bila bangun nanti, bibik ada untuk jaga dia orang.”

Seronoknya Damia dengar Hazeril dan Zara tidak ikut serta. Bukannya sebab Damia tidak sayang dengan kedua-dua sepupunya tetapi ini bermakna dia dan Maximo akan duduk berdua sahaja di bahagian penumpang. Dia boleh duduk rapat-rapat dengan Maximo. Makin lama Damia sudah rasa tidak boleh berjauhan dari Maximo. Kalau boleh hendak berkepit sahaja dengan Maximo ke mana sahaja Maximo pergi.


 

Damia sangat yakin Maximo mesti akan makin tertawan dengan kecantikan dirinya. Mana ada orang lelaki yang tidak terpikat dengan Damia sebelum ini? Damia hanya perlu memecahkan benteng pertahanan Maximo. Sebelum ini Maximo hanya nampak Nia, tidak lama lagi hanya Damia sahaja yang akan ada dalam hati Maximo.

‘Bila hendak kahwin nanti, mesti Maximo kena masuk Islam. Mahu ke Maximo tukar agama?’ Damia mula berfikir.

Ah! Demi kerana cinta… he will do it!’ Ujar Damia sendirian. Untuk berkahwin dengan Damia, Maximo mesti sanggup untuk menukar agamanya. ‘Tidak ada sesiapa yang boleh tolak Damia!’ Dia tersenyum sendiri sambil mengikut Nia turun dari rumah menuju ke arah kereta di mana Zaril dan Maximo sedang menunggu dengan sabar.

 

 

KALAU TIDAK kerana kelakuan Damia yang merimaskannya, pengalaman balik ke kampung Zaril dan Nia adalah satu pengalaman yang sangat menarik bagi Maximo. Zaril dan Nia sempat juga membawa Maximo berjalan-jalan ke beberapa tempat menarik di Perlis. Hari ini mereka hendak membawa Maximo berjalan-jalan di persisiran pantai sambil menghirup udara pantai dan menikmati makanan laut. Ada sahaja makanan yang hendak diperkenalkan kepada Maximo. Dahlah di rumah, Nia dan neneknya asyik menjamu Maximo dengan berbagai jenis makanan masakan Melayu. Maximo pula mendapati bahawa hampir semua makanan Melayu kena dengan seleranya. Dalam pada itu juga Maximo sebenarnya suka dengan perhatian yang diberikan oleh Nia kepadanya. Sekurang-kurangnya Maximo tahu Nia sayang dengan dirinya sebagai seorang sahabat.

Yang membuatkan Maximo kurang selesa sekarang ialah perubahan kelakuan Damia sejak akhir-akhir ini yang semakin berani. Damia sentiasa mengekori Maximo ke mana sahaja dia pergi dan tidak segan silu untuk duduk rapat-rapat dengan Maximo. Ini membuatkan Maximo agak segan dengan Nia dan Zaril. Maximo yang mengenali Nia sebelum ini tahu bagaimana Nia menjaga adab sopannya bila dia bersama lelaki lain dan sikap ini tidak ada pada Damia. Bukannya Maximo tidak dapat mengelak, kadangkala Damia seperti sedang menggoda Maximo secara terang-terangan. Mungkin Damia rasa yang dia telah jatuh cinta dengan Maximo dan sedang cuba hendak mendapatkan perhatian Maximo. Kalau benar apa yang Maximo sangka, Maximo harap perasaan yang Damia alami itu hanya sementara. Maximo tidak mempunyai apa-apa perasaan pada Damia dan dia hanya melayan Damia dengan baik kerana dia adalah saudara Nia.

Walaupun Maximo pernah jatuh cinta dengan Nia bukan bermakna Maximo juga akan jatuh cinta dengan Damia. Dia akui Damia cantik dan berperwatakan menarik sekali. Damia juga terlalu berani orangnya. Menurut Nia, Damia anak orang kaya. Dia sudah biasa dimanjakan oleh keluarganya dan apa kehendaknya selalu dituruti. Semasa dalam perjalanan ke Perlis, mereka singgah sebentar di rumah ibu bapa Damia di Alor Star. Melihat rumah kedua ibu bapa Damia, nyata sekali Damia berasal dari keluarga yang kaya raya. Permintaan kedua ibu bapanya supaya Damia duduk sahaja di rumah mereka dan tidak perlu ke Perlis tidak diendahkan. Katanya dia mahu bertemu dengan Wan. Akhirnya kedua ibu bapanya terpaksa mengalah dengan kehendak Damia.

Semalam Maximo sempat dibawa melawat ke rumah Ani, adik Nia yang duduk berdekatan dengan rumah Puan Zainun. Di sinilah Nia membesar sebelum ini. Keluarga kecil yang sederhana. Menurut Nia, kehidupan adiknya Ani sudah bertambah baik.

Walaupun tidak berpelajaran tinggi, Ani bernasib baik kerana berkahwin dengan Sazali seorang anak muda yang rajin berusaha dan pandai berniaga. Ani juga sudah ada perniagaannya sendiri iaitu perusahaan membuat kerepek. Selain daripada Ani suami-isteri dan anak-anaknya, ayah Nia yang sudah berusia turut tinggal bersama di rumah Ani. Lelaki itu tidak banyak bicara dengan Nia dan Zaril. Nasib baik ada Hazeril yang mengurangkan ketegangan suasana dengan celotehnya dan persoalannya yang tidak henti-henti ditujukan kepada datuknya. Setelah melayan Hazeril beberapa ketika, Encik Adnan meninggalkan mereka semua untuk ke masjid bagi menunaikan solat Asar.

My father is a very quiet man. He spends most of his time at the mosque.” Terang Nia kepada Maximo, takut Maximo hairan dengan kelakuan ayah mereka. Maximo hanya mengangguk menunjukkan dia faham.

The mosque is quite near our house.” Terang Nia lagi. Maximo terus mengangguk. Selepas minum petang, mereka semua pulang ke rumah Puan Zainun dengan berjalan kaki sambil menikmati suasana desa. Maximo begitu terpikat dengan keindahan desa tempat kelahiran Nia. Sepertimana dia terpikat dengan kawasan persisiran pantai Kuala Perlis yang mereka sedang lawati sekarang. Zaril telah membawa mereka malam di kedai makan yang terkenal di kawasan Kuala Perlis. Sajian ikan bakar dan masakan Thai semuanya memikat selera Maximo, walaupun Nia asyik risau sama ada Maximo boleh makan makanan yang pedas.

Selepas makan malam, mereka berjalan-jalan di pinggiran pantai, menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat. Keindahan begitu indah sekali, terutama sekali pemandangan Masjid Terapung Kuala Perlis yang tersergam indah. Dari jauh kelihatan cahaya lampu yang mula dipasang dalam masjid tersebut. Angin pantai bertiup lembut dan kedengaran desir ombak yang memukul pantai. Damia berjalan hampir dengan Maximo. Sekali sekala, bila terpijak batu besar, dia hilang keseimbangan. Maximo terpaksa memegang tangannya kerana takut Damia jatuh. Setiap kali Maximo memegang tangan Damia, dia tersenyum malu. Damia gadis yang begitu ayu sekali. Satu hari nanti ada jejaka yang akan jatuh cinta dengannya dan sanggup sehidup semati dengan gadis itu tetapi jejaka itu bukan Maximo. Pada Maximo Damia terlalu muda buat dirinya.

Maximo ada matlamat lain yang dia harus capai sekarang ini dan ianya bukan untuk mendapatkan Damia.

Tiba-tiba kedengaran suara azan berkumandang dari Masjid Terapung, Kuala Perlis. Terasa begitu merdu sekali bunyi azan itu ditambah pula dengan keindahan senja yang sedang kemerah-merahan. Maximo rasa seperti ada sesuatu yang membuka pintu hatinya, dingin terasa bila dia mendengar suara azan itu. Keadaan begitu syahdu sekali. Tiba-tiba Zaril terhenti.

“Mari kita ke masjid. Boleh kita solat Maghrib di situ.” Saran Zaril. Nia mengangguk kepalanya dan menoleh ke arah Maximo.

You don't mind, do you? Waiting for us, while we perform out Maghrib prayers?” Soal Nia.

No problem. I don’t mind waiting. I was actually hoping I could visit the mosque. It looks so beautiful from the outside.” Jawab Maximo.

Don’t worry. I can wait with you while they pray.” Kata Damia, terus memeluk lengan Maximo dan berjalan ke arah kereta Zaril, meninggalkan Zaril dan Nia yang terpinga-pinga melihat keberanian Damia.


CUM Bab 4

 

CINTA UNTUK MAXIMO

 

Bab 4

 

 

WHERE ARE we going actually?” Soal Maximo kepada Damia Zahra.

We are heading to our hometown in the north. It’s in the state of Perlis. Nia and Zaril used to stay there before Nia went to Turin.”  Terang Damia.

Oh really...” Kata Maximo sambil menegakkan badannya. Damia menjeling ke arah Maximo. Geram juga rasa hati Damia, bila sebut aje nama Nia Atirah, terus Maximo jadi segar dan memberi perhatian penuh dengan kata-kata Damia. Geram betul! Nampak benar minat Maximo hanya tertumpu pada Nia.

Nasib baik untuk perjalanan ini, Maximo tidak mendesak untuk naik kereta bersama dengan Nia. Mereka ke utara dengan menaiki dua buah kereta. Zaril Ikhwan sekeluarga dengan pembantu rumah mereka dalam kereta yang dipandu oleh Zaril sendiri. Damia dan Maximo pula dalam kereta kedua yang dipandu oleh Pak Wahid, pemandu Zaril. Akhirnya Damia berpeluang berdua-duaan dengan Maximo. Perjalanan ke Perlis akan memberi peluang untuk dia mengenali Maximo dan untuk Maximo mengenali dirinya. Barulah Maximo boleh nampak Damia yang sebenarnya tanpa dibayangi oleh Nia.

Damia menjeling Maximo yang duduk di sebelahnya. Mereka masih lagi di dalam kawasan bandar Kuala Lumpur dan sedang menuju ke Kepong untuk ke lebuhraya. Selepas itu, hanya ada kawasan hutan dan belukar dan ladang-ladang. Masa itu mungkin Maximo akan jemu memandang ke luar dan mereka bolehlah mula berbual. Topik apa agaknya yang hendak Damia bualkan sebagai pembuka bicara? Damia berangan dia boleh berbual dengan penuh bijaksana dengan lelaki di sebelahnya, mengupas isu-isu semasa dengan matang. Kalau Maximo belum lagi terpikat dengan Damia, dalam perjalanan ini dia akan terus jatuh hati dengan kebijaksanaan dan kecantikan Damia. Kalau pun selama ini Maximo memang sudah jatuh hati dengan Damia, maka dengan menghabiskan masa bersama lebih-lebih lagi lah mendalam cinta Maximo pada Damia. 

Tiba-tiba Maximo menoleh ke arah Damia dan memberikan senyuman manis. Terasa ketika itu juga gugur jantung Damia, lelaki ini terlalu memikat hati.

Is it far?” Soal Maximo.

What?” Soal Damia kembali. Dia tidak menangkap apa yang Maximo tanya sebab terlalu terpegun dengan kekacakan wajah Maximo. Begitu menawan sekali wajah Maximo.

How far is our destination?” Soal Maximo kembali. Agaknya, dia tidak nampak apa-apa yang pelik pun dengan perangai Damia. Manakala Damia rasa jantungnya berdegup begitu kuat sekali hingga Damia rasa Pak Wahid yang sedang memandu kereta di hadapannya pun boleh mendengarnya.

Oh...  our destination. It’s quite far.” Damia berpaling ke hadapan untuk bertanya dengan Pak Wahid.  “Berapa kilometer ke kampung Wan, Pak Wahid?”

“Dalam lima ratus kilometer.  Mungkin kita akan sampai dalam masa 6 jam.”  Terang Pak Wahid. 

Maximo mendengar sahaja penerangan Pak Wahid, kemudian memandang wajah Damia, mengharapkan Damia menterjemahkan kata-kata Pak Wahid.

Quite far, about 500 kilometres and we should be arriving there in 6 hours.” Terang Damia kepada Maximo. 

Oh. What a long ride.  Lucky I’ve got you to keep me company.” Kata Maximo. 

Oh...” Itu sahaja yang Damia dapat katakan. Damia terlalu terkejut dan seronok bila Maximo memberi jawapan itu. Damia tersenyum riang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia ketika itu. Damia mengalihkan wajahnya ke arah tingkap, terus tersenyum-senyum sendiri.

Where we will be staying this weekend?”  Soal Maximo setelah mereka diam beberapa ketika. Kereta yang dipandu oleh Pak Wahid sudah mula memasuki lebuhraya Utara Selatan. 

Huh...” Damia terkejut sekali lagi, bila Maximo memulakan perbualan lagi. Ramah pulak lelaki Itali ini. Selalunya dia buat tidak peduli langsung dengan Damia. Entah-entah betul tekaan Damia. Maximo sudah mula jatuh hati dengan Damia. Maklumlah, kalau dibandingkan rupa Nia dan Damia, nyata Damia jauh lebih cantik. Damia semakin yakin dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Hari ini hanya Damia di depan mata Maximo selama 6 jam. Damia kena ambil peluang ini dan pastikan bila mereka semua pulang ke Kuala Lumpur pada hari Isnin nanti, Maximo sudah menjadi milik dia. Ini bukan satu angan-angan sahaja. Damia akan berusaha sedaya upaya untuk buat semua itu jadi kenyataan.   

“Damia?” Soal Maximo. Damia hanya mendiamkan diri. Bila soalannya tidak berjawab, Maximo panggil nama Damia sekali lagi. Damia seperti tiada di situ, jauh berangan sampai ke mana-mana. ‘Memang begitu agaknya perangai gadis remaja seperti Damia.’ Kata Maximo dalam hatinya. Maximo sedar sejak dari mula bertemu, Damia seperti telah mabuk cinta dengan dirinya. Maximo tahu Damia ingin mencuba untuk memikatnya. Setakat ini, Damia belum memulakan apa-apa langkah untuk berbuat demikian. Hanya memerhatikannya sahaja. Namun Maximo sudah biasa mengalami keadaan dia diburu oleh gadis remaja, jadi dia hanya bersikap selamba menghadapi kerenah gadis seperti Damia. 

Rakan sekerjanya juga tidak terkecuali. Monica sangat mencintai Maximo dan sudah lebih dua tahun menanti Maximo membalas cintanya. Kalau difikirkan secara logik, Monicalah wanita yang paling sesuai untuk Maximo. Tidak ada apa yang kurang langsung dalam diri Monica tetapi Maximo tidak dapat membuka hatinya untuk menerima cinta Monica. Ada sesuatu yang tidak ada dalam diri Monica tetapi Maximo tidak tahu apa dia.   

It’s DZ. Not Damia.” Tiba-tiba Damia bersuara, mengejutkan Maximo dari lamunannya pulak

What?”

DZ. Everybody calls me DZ.” Kata Damia sambil tersenyum. “I already told you the first time we met, call me DZ.

I know. But no... I don’t want to call you that.” Jawab Maximo. Damia mula rasa kecewa. Maximo tidak mahu memanggilnya DZ. Agaknya dia tidak mahu rapat dengan Damia. Mahu mengekalkan keadaan formal dengan Damia.

Kemudian Maximo menyambung lagi. “You are too pretty, sweet and smart. For me, you are Damia. So young, so sweet and so pretty like a flower. DZ does not suit you. DZ is like a name for a tomboy.

Really? You think so?” Kalau sebelum ini Damia belum jatuh cinta dengan Maximo, sudah tentunya dia terus jatuh cinta dengan Maximo bila mendengar kata-kata Maximo itu. Agaknya memang dalam gen lelaki Itali, pandai memikat wanita dengan kata-kata.

Seriously.” Ujar Maximo lagi. “For me, Damia Zahra is someone who is smart and beautiful, just like a rose.”

Cair rasanya hati Damia ketika itu. Rasa hendak dipeluknya Maximo dan meletakkan kepalanya di dada Maximo. Maximo mengatakan Damia seorang yang cantik dan manis... dan bijak. ‘Oh… tell me I’m not dreaming.

How did you know?”  Soal Damia. Matanya bersinar-sinar.

Know what?”  Soal Maximo balik.

Know the meaning of my name, Damia. Smart and beautiful flower.” Terang Damia, sambil tersenyum.

Oh really? That is the meaning of Damia? I knew it. It is a pretty name.” Puji Maximo.

Thank you.” Kata Damia. “How about your name? Maximo is an Italian name? What is the meaning of Maximo?” Tanya Damia.

Maximo hanya tersenyum seketika, kemudian dia soal Damia balik. “You want to know what Maximo means?”

Yes. I want to know.” Jawab Damia.

Maximo means the greatest.” Ujar Maximo.

Oh! Well, I couldn’t agree more. You are a great person.” Puji Damia. Damia terus membuka aplikasi Google melalui telefon Androidnya, kemudian dia beritahu Maximo apa yang dia telah jumpa dalam Internet.

You know what? Here it says Azim means the greatest.” 

“Azim?” Tanya Maximo.

Yes. Azim.” Jawab Damia kembali.

“That’s a nice name. Just as nice as Maximo. Damia, I found that so many of the guys here are named as Muhammad something.  I know it is the name of your prophet Muhammad. What is the meaning of that name?” Soal Maximo. 

Oh! Muhammad means praiseworthy. As you know, Malays here are Muslims and of course, as a Muslim it is an honour to have the Prophet’s name as their first name.

Oh… I like that name. So all the names have their own meaning. Like my friend in my office, Muhammad Nizam.”

You like the name Muhammad?

Yes. It has a good meaning. And if I were to have a Malay name, what do you think it should be?” Soal Maximo. Dia melayan sahaja Damia bersembang untuk menghilangkan kebosanannya.

Kalau dia bersama Nia tidaklah dia bosan. Mesti banyak perkara yang mereka boleh bualkan. Walaupun sudah lebih sebulan dia di sini dan selalu bertemu dengan Nia, Maximo masih tidak ada kesempatan untuk bercakap dengan Nia dari hati ke hati. Pada pandangan mata kasar Nia nampak bahagia. Tetapi setiap kali dia bertemu dengan Nia, ada sahaja orang lain bersama mereka. Maximo ingatkan dengan mengikut Nia balik ke kampung halaman, dia mungkin ada peluang untuk berbual panjang dengan Nia. Tetapi jangkaan Maximo salah. Belum apa-apa mereka sudah terpisah. Zaril menyediakan dua buah kereta untuk perjalanan kali ini. Dan sebagai seorang lelaki budiman, dia mengajak Damia berbual kerana dia tidak kebosanan dalam perjalanan yang jauh ini. Lagipun, takkan dia hendak berkelakuan tidak prihatin langsung dan membiarkan sahaja Damia tanpa berbual langsung sepanjang perjalanan. Bukan salah Damia kalau Maximo tidak dapat bersama Nia.

You? A Malay name for you?  How about Yusuf!” Ujar Damia. “Yusuf suits you nicely.” Kata Damia, setelah dia puas fikirkan nama yang sesuai untuk Maximo.

“Yusuf?” Kata Maximo sambil mengerutkan dahinya.  “Why Yusuf?  Why not Azim?

Yusuf is a nice name. It’s the name of one of our prophets.” Terang Damia. Tetapi dia rasa malu pulak hendak beritahu Maximo sebab mengapa dia memilih nama Yusuf. Dia pilih nama Yusuf kerana wajah Maximo yang kacak. 

Oh really... Yusuf. A prophet?” Soal Maximo. Kelihatannya seperti Maximo memberi penuh perhatian kepada Damia. Dia merasa bangga dengan dirinya kerana dapat mencari topik perbualan yang menarik sehingga Maximo memberi tumpuan seratus peratus kepadanya. Damia pula mula rasa lebih yakin bahawa bila selesaikan perjalanan mereka pada hari Isnin nanti, Maximo akan menjadi miliknya. 

“Damia?” Maximo menyoal Damia. Damia tersedar dari angan-angannya yang tinggi menggunung dan tersipu-sipu menjawab soalan Maximo.

Yeah. Yusuf. I believe you know him as Prophet ...” Belum sempat Damia habis bercerita, telefon bimbit Maximo berbunyi.  Maximo memandang skrin telefonnya dan terus menjawab panggilan tersebut.

Yes, Nia. I’m okay.” Kata Maximo. Serta merta Damia menjadi geram. Maximo sudah memberi perhatian terhadapnya dan saat itu juga Nia menganggu mereka. Nia cemburukah Damia yang dapat bersama Maximo dan bukan dia? Damia menjeling ke arah Maximo yang tersenyum gembira berbual dengan Nia. Nampak bersinar matanya. Damia mahu Maximo kelihatan begitu bila dia bersama dengan Damia. Kenapa dia tidak berseri sebegitu bila bersama dengan Damia?

Yes. Don’t worry about me. Both Damia dan Pak Wahid are taking good care of me.” Kata Maximo. Dia memalingkan wajahnya dari Damia dan memandang keluar tingkap. Seperti mahukan sedikit privasi bila berbual dengan Nia, tidak mahu Damia dan Pak Wahid mendengar perbualannya.

Damia memalingkan wajahnya ke arah berlawanan. Sakit betul hatinya. Dia sudah begitu yakin yang dia sudah dapat menawan hati Maximo. Walaupun sakit hati tetapi Damia belum mahu mengaku kalah. Damia masih akan mencuba untuk mendapatkan Maximo. Walau apa halangan, dia yakin dia akan dapat Maximo. Damia seorang yang sangat berkeyakinan tinggi. Damia mengeluh perlahan, menarik nafas dalam-dalam. Damia mendapat nafas baru, semangat baru. Dia adalah Damia. Damia bukan mudah mengaku kalah. Dan dia akan dapat apa yang dia kehendaki. Tidak mustahil baginya untuk menggenggam Maximo. Damia memberikan semangat dan harapan pada dirinya sendiri. “Tengoklah kalau tak percaya.” Bisik Damia pada dirinya sendiri.

What did you say?” Soal Maximo. Rupa-rupanya dia sudah selesai berbual dengan Nia dan terdengar kata-kata Damia.

Oh...” Damia termalu, kantoi dengan Maximo. “Nothing actually. I was saying something to myself actually.”

Sorry... I thought you were talking to me. You were talking in Malay, weren’t you?” Soal Maximo.

Yes. I was talking in Malay.

You know what? I must learn the Malay language. I will be here for more than a year and knowing the language will make it easy for me to get around.

I think you should. The language is not that difficult to learn.” Cadang Damia.

Can you teach me?” pinta Maximo, menunjukkan wajah meraih simpati dari Damia. Tidak dapat Damia katakan tidak kepada Maximo bila dia berwajah begitu.  Dalam masa yang sama Damia rasa begitu seronok sekali.  Maximo memerlukan bantuan dari Damia?  Mesti ada sesuatu yang terdetik dalam hati Maximo mengenai Damia. Kenapa dia hendak minta bantuan Damia? Kenapa dia tidak minta tolong dari Nia? Damia jadi teruja kembali. Mungkin apa yang dia katakan sebelum ini akan menjadi kenyataan. Maximo akan jadi milik dia juga nanti. 

Sure. In fact, we can start now. You can also learn a lot more when we are at my grandmother’s house.” 

Really? That’s good!” Kata Maximo sambil menggosokkan kedua belah tapak tangannya, seperti tidak sabar mahu belajar Bahasa Melayu.

“You can start by learning to say good morning, selamat pagi and good night, selamat malam and most importantly learn to say thank you. That’s terima kasih.”  Terang Damia.

Slowly... slowly please. Okay, good morning... selamaaat?”  Maximo memandang wajah Damia meminta bantuan.

“Selamat pagi...”

Oh ya! Selamat pagi...” Kata Maximo. “Good night... selamaaattt…”

“Selamat malam...”

“Okay… selamat malam... and terima kasih...  I got this.  I got this...” Kata Maximo, terawang-awang tangannya menghalang Damia dari memberitahu Maximo makna “Thank you.” 

“Terima kasih.” Kata Maximo. “Selamat pagi, selamat malam and terima kasih.”

Good! You are a fast learner. I am sure in a few months’ time, you will be able to speak Malay fluently.” Ujar Damia. 

I hope so too. Will you teach me? Please say yes!

Yes. I’ll be happy to do that.” Jawab Damia. Dia menjadi teruja melihat kesungguhan Maximo, di samping seronok Maximo mahu bantuan dia dan bukannya bantuan Nia dalam hal ini.  Mungkin Maximo sudah mula nampak kelebihan Damia.

But promise me... don’t say anything to Nia. I want to surprise her. I want to see her face when she suddenly finds out that I can speak a little bit of Malay.” Kata Maximo, begitu gembira sekali, bersinar matanya. 

‘Nia lagi.’ Kata Damia dalam hatinya. Nak buat kejutan pada Nia rupa-rupanya. Damia mengeluh sendirian.